Dah seminggu adik tak sakit. Dah seminggu adik tidur ja. Mesti adik seronok kan. Abang telefon ibu tadi, rasa pelik bila takda yang kacau ibu. Takda yang nak cakap dengan abang dah.
.
Masa balik cuti sem, adik dah pandai panggil 'abang'. Naik atas datang ketuk pintu bilik, nak main sekali. Kita pergi garden sama-sama, lari-lari sambil tukar mainan kat situ. Lepas tu adik sakit. Tak sempat kita pergi pantai macam selalu kita buat sebelum abang balik KL.
.
Abang datang balik lepas tu nak tengok adik. Abang tahu adik tunggu abang sampai dulu. Abang bangga dapat bagi mandi adik, bagi pakai baju adik, jadi imam sembahyang adik, simpan adik. Hari tu abang balik awal lepas selesai semua. Maaf ya dik. Nanti abang balik sana, abang lawat adik lagi ya. Ibu semua ada kat sana tengokkan adik.
.
Terima kasih Allah atas pinjaman 2 tahun yang sangat bernilai ini. Anugerah yang paling bermakna buat kami semua. Penghibur hati dan kekuatan di saat aku berduka. Tak ternukil di sini betapa banyaknya kenangan aku bersama dia walaupun aku sentiasa di perantauan, berjuang menuntut ilmu demi membela nasib keluarga kelak.
.
AL-FATIHAH
MUHAMMAD AMMAR DANISH BIN MOHD AMIR
28 JULAI 2017 - 3 FEBRUARI 2020